Tuesday, February 10, 2015

Minyak Bukan Penentu Harga Barang Turun


Ramai jugak rakan2 yg minta pandangan saya tentang isu yg dihadapi oleh Yb Dato Ismail Sabri berkaitan dgn peniaga Cina. Sebenarnya isu yg lebih 'pertinent' atau lebih penting ialah berkenaan harga barang. Kita masih ingat bagaimana dulu Rafizi Ramli PKR menyerang kerajaan keatas kenaikan harga barang yg dikatakan berkait rapat dgn kenaikan harga minyak.

Dikatakan juga bahawa harga barang akan turun jika harga minyak diturunkan, dan PR, sekiranya memerintah akan turunkan harga minyak, dan oleh itu harga barang akan turun. Apa yg Rafizi lupa atau sengaja lupa untk nyatakan ialah pergerakan serta sifat pasaran adalah lebih kompleks dari itu.

Dari teori asas ekonomi, pergerakan utama harga barang adalah ditentukan oleh supply dan demand. Pemboleh ubah sekunder (atau penyebab lain) yg boleh mempengaruh harga barangan ia kuasa monopoli, cartel, polisi perlindungan industri oleh kerajaan (contoh Industri Besi dan keluli, Gelas dll), harga kawalan (petrol) yg mana harga pasaran tidak ditentukan oleh supply dan demand. Banyak lagi faktor yg terlibat yg tidak perlu saya nyatakan di sini.

Di Malaysia atau di mana2 pasaran, harga barangan harian ditentukan oleh campuran antara komponen supply dan demand dgn sedikit sebanyak elemen monopoli, kartel dan lain2 yg saya sebutkan di atas. Kos bahanapi bukan komponen utama, tidak seperti industri penerbangan di mana 60% kos operasi ialah bahanapi..

Oleh itu, kadang2 saya agak tertanya-tanya dan kehairanan apabila ramai rakan2 ahli politik samada di pihak kerajaan atau pembangkang menggunakan isu turun naik harga minyak untuk membincang isu turun naik harga barang, terutama barangan runcit. Kerana kos bahanapi hanyalah komponen 2ndary ke atas penentuan harga barang sepertimana yg saya terangkan di atas tadi. Supply and demand (bekalan dan permintaan) adalah faktor utama.

Oleh itu cara yg paling efektif dlm kes harga ayam contohnya, ialah menambah bekalan ke pasaran. Ia boleh dilakukan dgn mengimpot ayam dari negara jiran dalam skala yg besar dan 'melambakkan' ke pasaran melalui pasar2 tani. Harga pasaran ayam akan turun ke tahap yg lebih 'berpatutan' dan pemborong2 samada dari kaum Cina, Melayu atau India tidak boleh lagi menentukan harga pasaran sesuka hati. (Kerajaan pernah lakukan suatu masa dulu sewaktu hari raya ketika harga ayam melambung...)

Begitu juga dgn harga daging lembu. Kerajaan boleh mengimpot terus dari india atau pun kambing (sekarang kos di Kmn contohnya rm1200+ seekor!!!!). Saya tau satu organisasi yg pernah bawak masuk kambing ke Malaysia dari Australia secara pukal dan menjualnya di Malaysia sekitar Rm400-Rm500 seekor sahaja.

Hujah saya ialah fokus lah penyelasian kita pada isu sebenar atau 'core issue'. Penetapan harga barangan tidak akan berjaya jika terdapat collusion atau pakatan atau kartel di antara pemborong2 utama di Malaysia untk barangan runcit. Arahan untk turun harga juga tidak akan disambut oleh pemborong apabila permintaan masih kuat dari pelanggan.

Saranan pada pengguna untuk boikot kedai yg mahal juga tidak akan berjaya kerana tidak jelas apa dan di mana alternatifnya untuk pengguna mendapat bekalan.

Apabila pasaran sudah di manipulasi oleh pemborong melalui faktor sekunder (kartel, monopoli dll) yg saya sebutkan sebelum ini, hanya cara lambakan barangan yg terkawal boleh merasionalkan kembali harga barang.

Apabila harga sudah stabil, langkah ini boleh diberhentikan dan digunakan bila perlu.

Keruntuhan masalah sub-prime di Amerika Syarikat awal 2008 dulu telah membuktikan bahawa pasaran tidak boleh dibiarkan terlalu bebas tanpa kawalan. Kerajaan perlu memantau dan campurtangan bila perlu dgn menggunakan instrumen dan cara yg tepat.

Balik kepada persoalan asal iaitu apa komen saya tentang isu berkait dgn Yb Dato Ismail Sabri.... bagi saya 'greed is independent of race, religion, and political beliefs'.

Cakap org putih sikit.......

Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar
Ketua Penerangan UMNO Terengganu

(petikan dari FB  Hakim Wan Mokhtar pada 9 Feb 2015)