Wednesday, January 6, 2016

2016 Tahun Peperangan



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, YAB Dato Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman malam ini mengistiharkan 2016 sebagai “tahun peperangan” bagi UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan semua jentera dan asset parti digerakkan dengan lebih agresif mulai sekarang.

“Selama ini kita banyak bertahan, dan mulai tahu ini saya hendak umumkan bahawa 2016 adalah tahun peperangan.

“Saya mahu, jentera parti di semua peringkat digerakkan mulai sekarang kerana PRU ke-14 ini akan menjadi pilihan raya yang akan memberikan cabaran paling getir buat UMNO dan Barisan Nasional,” tegas.

Berucap di hadapan lebih 2,000 pemimpin politik dan masyarakat dalam Dewan Undangan Negeri Seberang Takir di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini mala mini, beliau mengajar seluruh ahli dan pemimpin UMNO bersatu dalam memenuhi misi tersebut.

Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, pembangkang kini sudah kehabisan modal politik sehingga mereka mula beralih arah untuk melaga-lagakan pegawai-pegawainya dan pemimpin parti.

Katanya, keadaan itu membuktikan mengenai kegelisahan pembangkang yang kini semakin takut dengan sambutan rakyat terhadap kejayaan program yang dianjurkan kerajaan.

“Malah plat TTB pun mereka jadikan isu sekarang ini untuk melaga-lagakan kita dan ini menggambarkan mereka sudah kehabisan modal politik.

“Jangan kita menoleh ke belakang lagi, bersatulah semua sehingga kita mencapai kemenangan pada PRU ke-14 nanti,” insyaAllah.