Tuesday, January 26, 2016

Berita Fitnah Lebih Disukai & Dipercayai

MASA UNTUK BERSATU

1. Menjelang penyemakan semula Bajet Oleh YAB Perdana Menteri, saya melihat byk sgt viral fitnah yang keterlaluan di alam maya. Apakah setiap detik dan ketika kita kena berhadapan dgn fitnah ini. Kerajaan pula akan byk menghabiskan masa utk menjawab segala tohmahan dan fitnah ini.

2. Akibatnya kita kekurangan masa untuk menumpukan masa dan tenaga utk bekerja mengukuhkan ekonomi negara. Memang pembangkang tidak punyai masa utk bekerja membantu rakyat kerana mereka akan menumpukan sepenuh tenaga utk mempengaruhi rakyat terus membenci kerajaan. Maka akan timbul persepsi yang tidak baik rakyat kepada kerajaan.

3. Sehari dua ini media sosial dikejutkan dengan desas-desus yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pemotongan elaun 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional pada penyemakan Bajet 2016. Semua itu adalah pembohongan yang nyata.

4. Pada masa sama, Presiden Cuepacs, Azih turut menafikan sebarang pekeliling mengenai penangguhan pemilihan kenaikan pangkat calon DG 44,48,52, dan 54 di kalan fan warga pendidik yang dikata kan akan dikeluarkan akhir bulan ini.

5. Hari ini diviralkan pula mengenai Tabung Haji yang dikatakan tidak mempunyai wang utk membayar bonus pengdeposit. Pada ptg ini Tabung Haji memgeluarkan kenyataan ia adalah satu pembohongan.

6. Inilah dakyah dakyah fitnah tang akan menghancurkan negara. Memang org kita suka memdengar perkara yang tidak baik ini. Pembangkang terutamanya DAP memang suka melihat kita terus dirundung malang bagi memudahkan mereka mengambil alih pemerintahan negara ini.

7. Zaman kesukaran ini adalah zaman untuk kita semua bersatu hati bagi memulihkan ekonomi. Ianya bukan masa untuk kita menuding jari mencari kesalahan dan memeningkan kepala rakyat. Ianya adalah fenomena yang berlaku bukan sahaja di Malaysia tp diseluruh dunia. Cuba kita bayangkan negara yang sepenuhnya bergantung penuh kepada hasil minyak, tentunya mereka lebih dasyat dati kita.

8. Islam telah memberi peringatan dlm Al Quran yang mesti kita ingat dan waspada. Ianya adalah ujian aetelah kita menikmati kemakmuran ekonomi selama ini. Surah YusufAyat 46 Hingga Ayat 49 telah memberi peringatan buat kita.

9. (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”.

10. Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

11. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

12. “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.

Wassalam

Zaidi Muda
Ketua Penerangan UMNO Marang