Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berterima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk terus menerajui kepimpinan negeri.
Beliau pada masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas komitmen diberikan dalam menyelesaikan isu yang melanda terengganu sejak dua minggu lalu.
Dalam kenyataan ringkasnya, Ahmad Razif berkata pelbagai spekulasi dan tanggapan yang dibuat sejak minggu lalu terjawab.
Beliau menyeru semua kepimpinan negeri untuk terus bergerak ke hadapan dan terus berkhidmat untuk rakyat.
Ahmad Razif juga yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.