YB. Dato' Seri (DR) Haji Ahmad b. Said, Pengerusi BPUNT berkesempatan melawat Tasik Kenyir Hulu Terengganu hari ini.
Ini merupakan lawatan kerja pertama ke Tasik Kenyir sejak dilantik sebagai Pengerusi KETENGAH bulan lalu.
Sememangnya diakui Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai produk pelancongan terkemuka negeri dan negara.