Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Beri mandat kepada BN – Dato' Ku


Rakyat Terengganu, khususnya mereka yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) diminta memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan Umno dan BN terus kekal memerintah negeri dan memperkasakan pentabdiran kerajaan.

“Setiap orang perlu membuka hati mereka, pakat dengan keluarga, saudara mara dan jiran tetangga. Katakan pada diri masing-masing bahawa inilah kerajaan (BN) yang kita semua mahu memerintah negeri Terengganu,” kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

Beliau berkata, sejarah dan rekod pentadbiran negeri Terengganu telah membuktikan bahawa dalam tempoh lebih empat tahun lalu (selepas PRU 12), Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui Umno dan BN telah melakukan 300 peratus daripada apa yang patut dilakukan kerajaan yang memerintah.

“Setiap tahun Kerajaan BN telah membawa perubahan dan pembaharuan kepada rakyat dan negeri ini.

“Dari segi kebajikan, kita telah menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh rakyat, bermula dari tempat tinggal (kediaman) yang lebih selesa, bantuan kebajikan, pakaian sekolah anak-anak dan bantuan bagi pesakit kronik,” katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Teganukita.

Beliau berkata, di segi kemudahan pendidikan kerajaan negeri menghulurkan pelbagai bantuan dan menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar hinggakan Terengganu mencatat kejayaan luar biasa dalam peperiksaan awam.

“Di bidang sukan pula, semua kemudahan untuk atlet tempatan disediakan dan kini kita menjadi kuasa baru sukan negara,” kata Dato’ Tengku Putera yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Bahkan, tambah beliau, Kerajaan BN turut memajukan kawasan pedalaman dengan penyediaan rumah kedai dan pelbagai bentuk rumah kediaman untuk rakyat, yang bakal menjadi pemangkin pembangunan di kawasan tersebut.

“Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai ketua kerajaan pula, mengamalkan konsep pentadbiran yang mudah di mana beliau dan seluruh saf kepimpinan negeri mudah didekati oleh rakyat.

“Beliau turut mengarahkan ketua-ketua jabatan dan pentadbir awam mempermudahkan semua urusan dengan rakyat, tanpa protokol dan kerenah birokasi bagi membolehkan setiap program dan projek yang dirancang untuk rakyat, berjalan dengan lancar,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pengundi di negeri ini tidak perlu was-was dan berfikir panjang lagi untuk memilih calon-calon BN pada PRU 13 kerana mereka sangat sesuai bagi mengisi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

“Umno Terenganu dan BN akan mengemukakan calon-calon yang terbaik dan mampu memenuhi tanggungjawab bagi membela nasib rakyat negeri ini.

“Saya yakin dengan ketokohan dan kehebatan Perdana Menteri (Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak) membawa transformasi negara dan Terengganu akan mendapat rahmat daripada kepimpinan beliau,” katanya.

Justeru itu, katanya, rakyat tidak perlu terpengaruh dengan sebarang janji yang ditabur parti pembangkang, khususnya Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya pandai bermain dengan kata-kata bagi memancing undi.

Monday, July 25, 2011

BN mempunyai banyak Produk Bagus

Jentera parti Barisan Nasional (BN) perlu mempunyai strategi tertentu termasuk kaedah pemasaran dan penjualan yang bijak bagi memenangi hati rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.


Ia juga boleh dilaksanakan dengan menggunakan konsep 5P atau produk (Product) iaitu BN, Price (harga) atau kos program yang dilaksanakan, Place (tempat) atau di mana produk itu dijual seperti di kawasan peti undi yang kalah atau di kawasan atas pagar, Promotion (promosi) yang baik 
mengenai BN dan People (pelaksana) iaitu pemimpin dan anggota parti di bawah BN yang melaksanakannya.


Ketua Penerangan BN Malaysia, YB Datuk Ahmad Maslan, berkata sebagai ahli BN, kita sudah mempunyai produk (BN) terbaik yang perlu dihebahkan supaya rakyat mendapat kesejahteraan dan keamanan secara berterusan.


“Kita ada pesaing, pesaing kita adalah PAS, DAP, itu pesaing kita. Rakyat adalah pelanggan yang terpenting dan segalanya adalah untuk rakyat.


“Mulai sekarang, semua jentera parti perlu berkerja keras dengan menjual produk yang terbaik ini bertujuan mengelak rakyat memilih parti yang tidak ada hala tuju dan `carca merba’,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Terengganu 2011, di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, petang semalam (23 Julai).

Hadir sama, Pengerusi BN Terengganu yang juga Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen memerangkap Ketua Penerangan BN, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman; Naib Pengerusi MCA, YB Toh Chin Yaw, Naib Pengerusi Gerakan, Encik Yap Kia Peng dan parti-parti komponen di semua bahagian.

Konvensyen yang diadakan selama dua hari dan bermula pada 22 Julai itu bertemakan `BN Di Hatiku’. Ia merupakan satu pendekatan terbaik bagi memberi keyakinan bahawan tiada pilihan lain bagi rakyat untuk menjamin masa depan mereka melainkan parti BN.

Datuk Ahmad turut memberitahu mereka perlu berjumpa setiap individu dari rumah ke rumah dengan memberitahu keistimewaan BN berbanding parti lain yang hanya pandai menabur janji dan tidak pandai melaksanakannya.

“Pada masa sama, promosi berkaitan produk juga perlu bijak dan mempunyai kaedah tertentu dan bukannya memberitahu keistimewaan BN pada sehelai kain rentang saja sehingga membuatkan ia sukar difahami,” katanya.

Katanya, dalam menetukan jatuh bangun sesebuah negara, kita memerlukan corak kepimpinan yang mantap dan pemahaman secara menyeluruh.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur kerana dapat hidup kekal stabil, tanpa konflik besar dan aman damai dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan kaum.

“Sebagai generasi pewaris kepimpinan, kita telah diamanahkan untuk meneruskan agenda kepimpinan terdahulu yang telah berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk membina asas kemajuan dan ketamadunan,” katanya.

Tinggalkan Budaya Selesa

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mengajak parti komponen BN supaya muhasabah diri dan mengetepikan kepentingan diri dan pelbagai aspek berbau perkauman, bagi memastikan BN menang dengan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).


Beliau berkata, amat penting bagi BN memastikan kemenangan mereka pada PRU 13 bukan saja di Terengganu, tetapi seluruh negara agar mereka tidak dihina seperti yang berlaku pada tahun 1969.



“Pada tahun 1969 kita menjadi macam ‘kucing kurap’ selepas kalah banyak kerusi kepada parti pembangkang, menyebabkan masyarakat negara ini tidak hormat lagi kepada kerajaan.




“Keadaan politik yang tidak stabil pada masa itu akibat kedudukan parti Perikatan yang tidak mendapat sokongan padu rakyat telah menyebabkan berlaku huru hara dalam negara,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen BN Terengganu 2011 di Kediaman Seri Iman malam ini.


Turut hadir, Ketua Penerangan BN Negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, ketua-ketua Umno bahagian, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua parti komponen BN negeri.


Dato’ Seri Haji Ahmad yang juga Menteri Besar menyeru parti komponen supaya berganding bahu menggerakkan jentera pilihan raya bagi memastikan kemenangan BN di Terengganu.“Kita mahu BN menang di Terengganu bukan saja dengan majoriti dua pertiga, tetapi kita dapat merampas semula beberapa kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU 12,” ujar beliau. Beliau meminta komponen BN memberi tumpuan kepada program yang boleh menarik rakyat menyokong kerajaan untuk dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat ini.

“Kita mahu parti komponen bergerak mulai sekarang dan kita tidak mahu budaya selesa kerana kemenangan dalam pilihan raya lepas masih ada di kalangan pemimpin dan ahli-ahli parti komponen BN,” tambahnya.


Pada masa yang sama, beliau turut mengajak pemimpin Umno dan BN supaya melupakan segala perbalahan antara mereka dan memberi tumpuan kepada usaha memperkemaskan jentera pilihan raya BN.

Rakyat Mendapat pembelaan Dari Kerajaan BN

Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan segala kemudahan yang diperlukan rakyat negeri ini, termasuk di bidang pendidikan dan ekonomi, kata Ketua Penerangan BN Terengganu, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman.

Malah, katanya, Kerajaan BN sudah terlalu banyak berjasa kepada rakyat dan pemimpinnya terus menabur bakti mereka bagi memastikan mereka mendapat kebajikan dan pembelaan sewajarnya.“Oleh itu, tidak ada sebab mengapa rakyat negeri ini perlu menjauhkan diri daripada BN. Sepatutnya rakyat perlu dekat dengan BN dan memberi sokongan padu kepada BN agar kita menang besar pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen BN Terengganu 2011 di Kediaman Seri Iman malam tadi.

Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said, menyempurnakan majlis perasmian konvensyen itu yang bertujuan mengukuhkan jentera BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).




YB Haji Ahmad Razif konvensyen kali ini bertemakan ‘BN Di Hatiku’ bertujuan mendekatkan BN dengan rakyat bagi memastikan ia mendapat kemenangan yang besar pada PRU13.


“Kita mahu seluruh rakyat Terengganu suka dan cintakan BN kerana BN terlalu banyak berjasa kepada mereka,” ujarnya.




Beliau berkata, Menteri Besar yang menerajui pentadbiran negeri ini telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin melalui konsep “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan Negeri”.

Justeru itu, katanya, segala keperluan rakyat diberi keutamaan dan mereka menerima perkhidmatan terbaik daripada kerajaan dalam semua aspek kehidupan.“Kita mahu slogan ‘BN Di Hatiku’ tersemat di hati setiap rakyat Terengganu dan mereka terus memberi sokongan kepada Kerajaan BN.“Kita mahu BN mendapat kemenangan pada PRU 13 dan terus memerintah negeri Terengganu agar rakyat mendapat faedah yang berterusan,” ujarnya.

Jangan Hilang Pendoman Bila Tidak Dicalon

Pergerakan Puteri UMNO Perhubungan Terengganu meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap sesetengah ahli sanggup menjadi pengkhianat kepada parti demi kepuasan diri.

“Mereka seakan hilang pertimbangan dan keimanan apabila tidak tersenarai sebagai calon,” kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Puan Nordiana Dato’ Shafie ketika berucap mewakili Puteri Terengganu di Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu 2011 di Primula Beach Resort hari ini.

Katanya, ketika itulah semua boleh melihat siapa yang benar-benar setia kepada parti dan akan terus bekerja untuk parti atau sebaliknya,” katanya.

Katanya, parti BN bukan milik individu sebaliknya ia kepunyaan semua ahli parti yang bernaung di bawahnya termasuk parti –parti komponen yang sentiasa menyokong usaha membangunkan negeri dan rakyat.Puan Nordiana kemudiannya mengajak semua ahli parti yang sayangkan parti keramat ini bekerja keras demi mempertahankan kerajaan BN untuk terus memerintah negeri dan negara ini.

Mengakhiri ucapan beliau meninggalkan empat rangkap pantun untuk renungan semua perwakilan;

Anak ayam sedang berlari
Sedang berlari dikejar siti
Walaupun penuh onak dan duri
Demi parti Puteri tetap akan tempuhi.

Orang lama kaya dengan pengalaman
Orang muda diterap dengan nilai perjuangan
Golongan hawa dilupa jangan
Kami juga penyumbang kemenangan

Sedap sungguh ikan tenggiri
Makan bersama sambal udang
Pemimpin yang baik tak pentingkan diri
Boleh menerima pandangan orang

Undur bukan sebarang undur
Undur untuk melengkapkan barisan
Perjungan ini tak pernah luntur
Merintis jalan ke arah kemenangan

Perpaduan & Kesetiaan Dalam Pakatan BN Diperkasakan

Konvensyen Barisan Nasional (BN) Terengganu 2011 yang bertemakan `BN Di Hatiku- Persediaan Menghadapi PRU 13’, telah berakhir petang semalam dengan majlis penutup dirasmikan Ketua Penerangan BN Malaysia, Dato’ Ahmad Maslan.

Bermula dengan majlis perasmian yang dilakukan Pengerusi BN Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, yang meminta parti komponen BN supaya muhasabah diri, rata-rata perwakilan menyentuh isu perpaduan dan kesetiaan kepada pakatan BN yang bakal menjadi tonggak bagi memastikan BN terus memerintah negeri ini dan negara Malaysia.Konvensyen itu merumuskan 13 resolusi utama berasaskan kluster dan diperincikan lagi melalui beberapa resolusi berfokus yang telah dipersetujui bersama, termasuk:

Menginsafi agar perpaduan dalam BN supaya tidak luntur dan terhakis, maka agenda memperkasa perpaduan parti komponen dari segi persepsi dan tindakan wajar diperhebatkan bagi memenangi hati nurani rakyat ke arah kesinambungan kuasa pemerintahan.

Menyedari  kepimpinan yang dinamik menjadi tulang kekuatan parti, maka agenda memastikan pemimpin BN di semua peringkat sentiasa siap siaga, cakna rakyat dan mempunyai daya juang, daya saing dan daya tahan yang tinggi serta mampu memenangi hati rakyat.

Menginsafi kemantapan kepimpian menjadi pasak kepada keutuhan parti, maka agenda mempertingkat ketelusan, integriti dan keperibadian mulia dalam kalangan ahli dan pemimpin parti agar menjadi suri teladan bagi memenangi hati rakyat.

Memahami hakikat pembentukan modal insan menjadi teras pembinaan negara pada masa depan, maka agenda merealisasikan institusi bukan sahaja sebagai agen pembangunan sumber manusia, tetapi juga sebagai pemangkin perpaduan.

Menyedari keperluan dalam pasaran pekerjaan semasa yang menjurus kepada kemahiran, maka agenda melebar luas bidang dan jurusan kemahiran teknikal dan vokasional kepada kumpulan pelajar berprestasi rendah perlu dioptimumkan bagi menjana tenaga berkemahiran tinggi.

Menginsafi sektor ekonomi merupakan tonggak kesejahteraan rakyat, maka agenda memapankan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) dilaksanakan secara bersepadu, berfokus, adil, saksama dan bijaksana agar dapat dinikmati bersama golongan berpendapatan rendah.

Menteri Besar dalam ucapan perasmiannya turut meminta semua pihak melupakan ‘cerita lama’ dan saling bermaaf-maafan sesama mereka dan menumpukan kepada usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Umno dan BN bagi menghadapi PRU 13.

Permintaan ikhas beliau perlu diterima dengan hati terbuka dan semua pihak tidak lagi menoleh ke belakang, tetapi sebaliknya bekerja bersungguh-sungguh bagi menggerakkan jentera parti.

Dato’ Ahmad Maslan pula meminta semua parti komponen ‘menjual’ produk BN yang ternyata amat baik dan berkualiti bagi memikat rakyat dan penduduk negeri ini memberi undi mereka kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, musuh BN sentiasa berusaha untuk menjatuhkan mereka dan mereka perlu sentiasa berwaspada terhadap ancaman musuh yang datangnya dari segenap arah.Tidak ada petua atau ubat terbaik bagi parti komponen BN untuk menang pilihan raya, kecuali setiap orang dari pemimpin hingga orang bawahan, perlulah mengetepikan kepentingan diri dan tidak menikam sesama sendiri bagi kepuasan diri semata-mata.

Semua ahli parti komponen perlu meletakkan agenda dan perjuangan BN pada tahap paling tinggi dan sanggup berkorban apa saja bagi memastikan calon-calon BN menang pada PRU 13.Jika mereka sanggup berbuat demikian, tidak mustahil BN bukan saja boleh menang dengan majoriti dua pertiga di Terengganu, tetapi lebih banyak kerusi yang dimenangi pembangkang sebelum ini dapat dikembalikan semula ke pangkuan BN.

Kearah Perkasa BN

Konvensyen Barisan Nasional (BN) Terengganu 2011 yang berakhir semalam menggariskan 13 resolusi bagi memperkukuhkan parti, selain memenangi hati rakyat agar terus menyokong BN.

Resolusi itu juga dirumuskan sebagai intipati utama yang perlu dijadikan asas serta tunjang bagi merangka gerakan dan gagasan ke arah pemerkasaan BN menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Antara yang terkandung dalam resolusi 13 perkara itu:
* Menginsafi agar perpaduan dalam BN tidak luntur dan terhakis.
* Menyedari kepimpinan dinamik menjadi tunjang kekuatan parti.
* Menginsafi kemantapan kepimpinan sebagai pasak kepada keutuhan parti.
* Menginsafi semangat kesetiaan menjadi tugu keutuhan parti.
* Memahami hakikat pembentukan modal insan menjadi teras pembinaan negara pada masa depan.
* Menyedari keperluan dalam pasaran pekerjaan semasa yang menjurus kepada kemahiran.

Butiran resolusi tersebut dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sidang Pleno, Kertas Kerja dan Dokumentasi, Zubir Embong.

Beliau kemudian menyerahkannya kepada Ketua Penerangan BN negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman untuk disampaikan kepada Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Majlis penutupan konvensyen dua hari bermula kelmarin disempurnakan oleh Ketua Penerangan BN merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Primula Beach Resorts di sini, semalam.

BN Perlu Dipasar Kepada Rakyat

Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu melaksanakan dua strategi penting iaitu 'pemasaran dan penjualan' untuk menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 (PRU-13) yang akan datang.

Ketua Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, BN mempunyai produk yang cukup baik untuk 'dipasarkan' kepada rakyat bagi memastikan agar mereka terus menyokong parti itu pada masa-masa akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan, produk yang dimaksudkan itu ialah parti-parti komponen BN, para pemimpinnya dan dasar serta masa depan BN sendiri.

"Di bawah strategi penjualan, ia berkisar tentang hubungan antara pemimpin dengan rakyat menerusi kunjungan dari rumah ke rumah dalam usaha meraih sokongan kepada BN.

"Strategi pemasaran pula melibatkan konsep 5P iaitu produk, harga program, tempat, promosi serta pelaksana," katanya pada sidang akhbar selepas menutup Konvensyen BN Terengganu 2011 serta pelancaran Jentera BN negeri di Primula Beach Resorts di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Penerangan UMNO Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Ahmad turut memuji langkah BN Terengganu menganjurkan konvensyen berkenaan dengan jayanya sebagai persiapan semua parti komponen BN negeri itu menghadapi PRU-13 nanti.

Beliau memberitahu, buat masa ini, hanya Terengganu dan Wilayah Persekutuan yang menjayakan konvensyen seumpama itu dan ia perlu dicontohi negeri-negeri lain.

Sunday, July 24, 2011

Buang Perasaan Kecil Hati

Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di negeri ini tiada pilihan kecuali berusaha memperkukuhkan parti bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, setiap wakil rakyat dari parti komponen BN perlu mengikis perasaan 'kecil hati' antara mereka sebaliknya komited ke arah penyatuan di bawah BN.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri turut mengingatkan semua wakil rakyat BN khususnya UMNO agar muhasabah diri kerana pendekatan sedemikian akan menentukan 'jatuh bangun' UMNO dan BN.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama berganding bahu dengan melengkapkan perjuangan parti menerusi pelbagai program yang boleh menarik hati rakyat.

"Kita tiada pilihan, kita kena perkukuhkan parti dengan penyatuan. Kita tak mampu lagi berpecah dan kalau ada terasa hati, ketepikan. Yang penting kita perlu berdepan parti lawan," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen BN Negeri Terengganu 2011 di Kediaman Seri Iman di sini malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad serta barisan kepemimpinan tertinggi badan itu serta para pemimpin parti komponen BN negeri dari MCA, MIC dan Gerakan.

Ahmad berkata, setiap wakil rakyat BN perlu bersiap sedia mulai sekarang termasuk menggunakan apa sahaja cara untuk mendekati dan menyelami kehendak rakyat.

"Kita tewas bukan salah rakyat tapi kita yang tidak prihatin untuk memenangi hati rakyat," katanya.