Showing posts with label Maksiat. Show all posts
Showing posts with label Maksiat. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.
Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T. 

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau memenui video tersebut selepas diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku. 

Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut di atas meja dan ketika mencarinya, dia terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut. 

Saturday, March 19, 2011

Penjelasan Isu Khalwat


Oleh: Pencari Kebenaran

Seorang orang kuat sebuah parti pembangkang dari Kg. Tok Dir, Bukit Payong yang ditangkap khalwat adalah bapa saudara kepada YB (wakil rakyat) parti pembangkang itu, demikian pengakuan sepupu Adun berkenaan, Fazli Ali dari Binjai Rendah yang juga merupakan anak saudara.

Katanya, emak beliau adalah adik beradik kepada lelaki yang terbabit dalam kes khalwat itu dan emak saudara juga kepada YB itu.

“Ini isu keluarga, tetapi yang salah tetap salah. YB berkenaan sebagai orang berpendidikan agama dan berpegang kepada ajaran Islam, perlulah mengaku dan menerima hakikat,” kata Fazli dalam satu kenyataan berekod semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik kenyataan YB berkenaan bahawa beliau tidak mengenali lelaki yang ditangkap khalwat itu.

Laporan akhbar Sinar Harian Selasa lalu: pihak YB berkenaan akan memfailkan saman terhadap sebuah akhbar arus perdana dan laman blog yang didakwa mengaitkan beliau dengan seorang lelaki yang ditangkap khalwat bersama wanita warga Indonesia.

YB berkenaan menegaskan, dakwaan bahawa lelaki yang ditangkap khalwat dalam keadaan yang memalukan bersama pasangan wanita Indonesia itu adalah pegawai beliau dan mempunyai hubungan darah daging dengannya, adalah tidak benar sama sekali.
Laporan Sinar Harian menyebut, YB berkenaan ketika ditemui turut menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya dengan menegaskan, beliau tidak pernah mengenali individu terbabit yang ditahan khalwat bersama pasangannya di Kampung Alor Tuman, Pulau Kerengga, Marang, Jumaat lalu.

“Saya akan menyerahkan perkara ini kepada peguam Pas untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Beliau yang hadir bersama pengikutnya di balai polis untuk membuat laporan berhubung perkara itu bagaimanapun diminta ke Balai Polis Chendering kerana difahamkan ‘server’ di IPD Kuala Terengganu mengalami masalah.

Akhbar perdana tersebut, semalam, melaporkan bahawa lelaki terbabit dari Kg. Tok Dir, ditahan dalam keadaan mencurigakan dengan seorang wanita warga Indonesia dihukum denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, semalam (kelmarin) selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat awal pagi Jumaat lalu.

Akhbar tersebut turut memetik bahawa tertuduh adalah bapa saudara kepada ADUN dari parti pembangkang.

Dalam kejadian Jumaat lalu, lelaki orang kuat parti pembangkang itu dan wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah ditahan di dalam sebuah kereta di Alor Tuman, di Marang.

Pasangan itu didakwa berada dalam keadaan menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan tidak bermoral kira-kira jam 1.30 pagi.

Kata Fazli: “Saya berharap sesiapa yang mengetahui isu ini hendaklah menerima secara rasional dan ambil pengiktibaran darinya”.

“Saya adalah sepupu YB berkenaan dan dia adalah sepupu benar saya sebelah emak dan yang terlibat dengan kes itu adalah bapa saudara kami “ katanya sambil meminta YB Adun berkenaan itu tidak sampai menafikan darah daging sendiri hanya kerana hendak menutup hakikat sebenar.
 
Petikan  Teganu Kita

Monday, March 14, 2011

Pegawai Khas YB DUN Bukit Payung Ditangkap Basah

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH (DUN BUKIT PAYONG) diberitakan pengsan beberapa kali kerana mendapat berita pegawai khasnya telah mencapai inzal terlarang bersama muslimat Indon .


Pasangan ini ditangkap dalam keadaan zip seluar terbuka dan basah dalam kereta di dalam kawasan Surau Kg. Alur Tuman, Pulau Kerengga, Marang.Proton Saga WBS 6829 diperiksa oleh pihak polis di tempat yang sunyi apabila melihat kelibat didalam kereta yang mencurigakan.

Atas sifat khawarij yang menghalalkan cara,pasangan ini di kawtim oleh orang pejabat agama agar dibuat perbicaraan secara tertutup.

Layanan istimewa oleh pejabat agama rata ratanya dari kalangan khawarij juga dibuat semata mata mahu menutup malu dan kerja maksiat khawarij PAS dari pengetahuan umum.

Kerja khawarij PAS memang sejak dulu suka tutuh bini orang,rembat anak dara orang,buntingkan anak dara orang ,sampai ada yang bini sendiri mai bulan pun depa balun macam pesuruhjaya khawarij PAS Perlis tu.

Petikan dari  www.pisau.net

Pegawai ADUN mengaku khalwat


Oleh Baharom Bakar
bhkt@bharian.com.my
2011/03/14

Pasangan warga Indonesia dipenjara 3 bulan

KUALA TERENGGANU: Pegawai kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, yang ditahan dalam keadaan mencurigakan dengan seorang wanita warga Indonesia dihukum denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat awal pagi Jumaat lalu. 

Md Din Jusoh, 52, beristeri dan mempunyai dua anak, membayar hukuman denda yang diperintahkan Hakim Syarie Shamsudin Ngah, manakala Dede Kurniasih, 34, gagal membayar denda sama menyebabkannya terpaksa menjalani hukuman penjara tiga bulan di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan bermula semalam.

Pendakwa Syarie II, Wan Abd Hakim Khairul Anuar membacakan kertas tuduhan ke atas Md Din yang juga bapa saudara kepada ADUN berkenaan dan Dede yang tidak bersuami serta bekerja sebagai pembantu rumah di bandar raya ini dalam prosiding semalam.

Md Din didakwa mengikut Seksyen 31 (a), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (TAKZIR) Terengganu 2001, manakala Dede didakwa mengikut Seksyen 31 (b), enakmen sama, yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pasangan itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta di kawasan sunyi dan gelap di Kampung Bukit Toman, Pulau Kerengga, Marang, oleh dua anggota polis peronda kira-kira jam 1.30 pagi, pada Jumaat lalu.

Ketika ditahan, kerusi tempat Dede duduk direbahkan, manakala seluar Md Din tidak berzip. Anggota polis peronda kemudian menyerahkan pasangan itu kepada bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Daerah Marang untuk tindakan lanjut.