Tuesday, June 12, 2012

Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah Mendapat Sambutan

Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bertema ”Selamatkan Akidah” siri jelajah negeri Terengganu yang diadakan di Stadium Negeri di sini hari ini berjaya menghimpunkan 6,000 orang.
Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, himpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam ini mengetengahkan isu gejala murtad di kalangan akidah umat Islam yang kian meruncing di negara ini.
"Kita mahu menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan isu murtad ini bukanlah serius di negara ini.
"Malah semasa ceramah tadi, kita turut memaparkan rakaman video pengakuan bekas murtad dan mahu memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu murtad yang semakin berleluasa kini,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas tamat perhimpunan itu.
Aminuddin berkata, kini terdapat 868 kes permohonan menukar agama oleh individu beragama Islam di seluruh negara sejak lima tahun lalu yang perlu ditangani kerajaan bersama NGO Islam daripada terus menular.
Himpunan ini diadakan pada 25 Feb 2012 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu yang dianjur oleh HIMPUN Terengganu.