Wednesday, December 19, 2012

Tarik Balik Amanat Sesat & Minta Maaf


KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO BPUNT MENGENAI AMANAT HADI 1981



Mutakhir ini kita membaca, mendengar dan menonton di televisyen gesaan Mufti, Ulama, pemikir Islam dan mereka yang sedar daripada kesilapan lalu yang termakan dan terpengaruh dengan Amanat Hadi pada 1981, MENGGESA Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya MENARIK BALIK amanatnya itu.


Gesaan juga meminta Hadi supaya MEMOHON MAAF kepada mereka yang teranianya dan tersesat akibat amanatnya itu.

Datuk Seri Abdul Hadi wajib segera menarik balik amanatnya yang menggambarkan UMNO kafir yang merupakan bidaah besar serta bercanggah dengan amalan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mutakhir ini kita membaca, mendengar dan menonton di televisyen gesaan Mufti, Ulama, pemikir Islam dan mereka yang sedar daripada kesilapan lalu yang termakan dan terpengaruh dengan Amanat Hadi pada 1981, MENGGESA Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya MENARIK BALIK amanatnya itu. 

Gesaan juga meminta Hadi supaya MEMOHON MAAF kepada mereka yang teranianya dan tersesat akibat amanatnya itu. 

Datuk Seri Abdul Hadi wajib segera menarik balik amanatnya yang menggambarkan UMNO kafir yang merupakan bidaah besar serta bercanggah dengan amalan ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) mahu Datuk Seri Abdul Hadi BERTINDAK SEGERA kerana pendedahan terbaharu bekas aktivis Pas dan bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau C.N al-Afghani mendakwa PULUHAN RIBU AHLI PARTI ITU MASIH MENGANGGAP ORANG UMNO SEBAGAI KAFIR ekoran amanat Abdul Hadi pada 1981 yang sehingga kini tidak ditarik balik. 


Melalui bukunya Kafirkah Aku? Zainon mendedahkan KERANA AMANAT itu, pengikut PAS MENGANGGAP UMNO KAFIR, MENCETUSKAN PERISTIWA MEMALI 1985, BERLAKU SOLAT DUA IMAM KHUSUSNYA DI TERENGGANU, WUJUD PANDANGAN SEMBELIHAN ORANG UMNO HARAM DIMAKAN, JENAZAH ORANG UMNO TIDAK LAYAK DISEMBAHYANGKAN DAN BERLAKU PERCERAIAN hanya kerana perbezaan politik. 

Berikutan itu Penerangan BPUNT menyatakan kesal DENGAN SIKAP DEGIL DAN TIDAK ENDAH Datuk Seri Abdul Hadi kepada gesaan supaya beliau memohon maaf dan menarik balik amanatnya itu. 

Berikutan itu, Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan melakukan perkara berikut: 

1. Mengisytiharkan ‘Mendesak Secara Berterusan Presiden PAS menarik balik amanatnya yang dibuat di Banggol Peradong itu kerana ia menghuruharakan orang Islam dari segi akidah dan persaudaraan perang’ terhadap Amanat yang menyesat dan memporakperandakan umat Islam di negeri ini dan beberapa negeri lain; 

2. Menggerakkan seluruh Penerangan UMNO Bahagian dan Cawangan Negeri Terengganu agar menjelaskan kepada rakyat perkara yang menyebabkan KESESATAN UMAT ISLAM akibat Amanat ini; 

3. Menyerahkan MEMORANDUM kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin supaya bertindak sewajarnya terhadap Amanat ini; 

4. Menyokong usaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) agar ‘memerangi’ Amanat yang memecah-belahkan umat Islam hingga ke beberapa negeri lain dan membuat penjelasan sewajarnya; 

5. Mengeluarkan bahan-bahan bacaan dan tontonan kenapa Amanat Hadi dianggap MENYESAT, MENGELIRU, MENYESAT DAN MEMPORAK-PERANDAKAN UMAT ISLAM di Terengganu dan beberapa negeri lain, termasuk di Kelantan, Kedah, Pahang dan sebagainya; dan 

6. Bekerjasama dengan UMNO Pusat dan negeri-negeri bagi mendesak Datuk Seri Abdul Hadi supaya MENARIK BALIK & MEMOHON MAAF KEPADA MEREKA YANG TERSESAT akibat AMANAHNYA. 


Penerangan BPUNT berharap melalui ‘ berperang habis-habisan’ dengan mereka yang mempertahankan AMANAT ini sehingga ia ditarik balik adalah suatu JIHAD demi memulih akidah dan persaudaraan di kalangan umt Islam. 

Penerangan BPUNT menyeru seluruh rakyat negeri dan negara ini yang beragama Islam menolak AMANAT ini dengan penuh kesedaran dan keinginan untuk melihat umat Islam kembali bertaut dan bersatu di negara ini.

Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman
Ketua Penerangan BPUNT

Tarikh  21hb Disember 2012