Thursday, May 15, 2014

Masih Sayang UMNO Lagi


Kemelut politik Terengganu selama kira-kira 36 jam sejak petang Isnin lalu yang mungkin menyebabkan pilihan raya diadakan, selesai semalam apabila Datuk Seri Ahmad Said dan dua yang lain menarik balik hasrat keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas. 

Ahmad berkata, perkara itu selesai selepas beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bermaafan dan mengakui kesilapan masing-masing.

Berikut adalah transkrip sidang akhbar Ahmad di kediamannya di Kampung Teluk Kalong, Kijal, Kemaman. 

Ahmad: Untuk makluman, saya dah bincang dengan PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) tengah hari tadi dan beliau mengaku sedikit kesilapan berlaku, salah faham dan sebagainya kerana saya beritahu PM, saya nak kahwinkan anak 17 hari bulan (17 Mei) dan PM kata itu masalah personal (peribadi). 

Jadi, agak teganglah antara saya dengan beliau dan akhirnya perkara itu terjadi. Sebab ini membabitkan anak saya dan maruah saya. Saya meletak jawatan dan akhirnya, sebagai pemimpin besar, PM juga akui sama ada sedar atau tidak, beliau tak ingat saya nak kahwinkan anak 17 hari bulan. Dia ingat, bagi dia 10 hari bulan majlis dah selesai. Sedangkan 17 hari bulan di sini ada lagi dan satu lagi di Kuala Lumpur dan dia minta maaf pada saya dan saya juga minta maaf atas apa yang telah saya lakukan. 

Justeru, sebagai orang UMNO, sejak umur 18 tahun saya berjuang dengan UMNO, saya buat keputusan untuk tarik balik peletakan jawatan sebagai ahli UMNO dan wakil rakyat DUN Kijal bersama Ghazali Taib. Kes ini selesai dan kami kekal sebagai ADUN UMNO.