Sunday, May 1, 2016

Cikgu Razif Kekal Sebagai MB



Ahmad Razif akan terus berkhidmat sebagai MB Terengganu - PM Najib



Ahmad Razif Abd Rahman kekal sebagai Menteri Besar Terengganu dan akan terus berkhidmat seperti biasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata setelah mengadakan pertemuan dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam, kata sepakat telah dicapai agar Ahmad Razif kekal sebagai menteri besar.

"Semalam saya menghadap Sultan Mizan berhubung isu kedudukan menteri besar Terengganu, dan hasil kesimpulan pertemuan ini, kami mencapai kata sepakat untuk meneruskan Ahmad Raziff sebagai menteri besar.

"Saya harap selepas ini tiada lagi timbul sebarang persoalan dan andaian mengenai kedudukan beliau," kata Najib.

Jelasnya, tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pentadbiran dan pembangunan berjalan lancar di Terengganu.

Bagaimanpun Najib tidak mengulas lanjut mengenai pertemuan beliau dengan Sultan Mizan.Najib berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.