Wednesday, June 22, 2022

Melawat Keluarga Mangsa Lemas

YB. Dato' Seri (DR) Haji Ahmad b. Said, Pengerusi BPUNT menziarahi keluarga mangsa lemas di Kampung Hilir Maras, Batu Rakit.

Dalam kejadian 10 Jun lepas, dua beradik, Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera, 26, Syariatul Noor Safiqa, 24, dan sepupu, Siti Aishah Mazalan, 19, meninggal dunia kerana lemas ketika berkelah di kawasan air terjun Lata Changkah, Ulu Seladang Setiu.

Semoga keluarga mangsa sabar serta tabah atas dugaan yang berlaku dan sama-sama doakan roh ketiga-tiga mangsa ditempatkan bersama orang beriman dan bertaqwa.