Tuesday, March 18, 2014

Penerangan UMNO Terengganu Gigih Berkempen Di Kajang



KETUA Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Abdul Rahman Bakar berharap Kajang akan kembali kepada kerajaan Barisan Nasional pada pihanraya kecil Kajang 23hb Mac ini.

Katanya ini adalah berikutan ramai penduduk Dun itu mulai sedar bahawa kerajaan yang memerintah kawasan itu sekarang gagal memberi kemajuan kepada mereka.

"Majoriti kawasan yang kita jaga adalah 'putih' (BN), saya yakin pengundi PDM Kajang akan berubah rasa sebab mereka mereka rasa pemimpinan PKR tidak membawa kemajuan, perubahan dan harapan mereka yang selama ini kecundang(hampa), jadi katanya, mereka sudah insaf, ramai yang akan menyokong BN.


"Mereka juga sedar bahawa PKR di Selangor ini ada masalah, masalahnya pelbagai, masalah pertama ialah cukai-cukai perdagangan naik melebihi sekali ganda, jadi itu yang mereka rungutan dan hari ini menjadi isu besar terutamanya di kalangan peniaga dan usahawan di Bandar Kajang.

"Ramai yang mahu menukar kerajaan dengan harapan cukai yang dikenakan ke atas mereka itu dapat dikaji balik dan dikurangkan balik seperti masa BN memerintah," katanya ketika ditemui TEGANUKITA di Bilik Gerakan UMNO Bandar Kajang, hari ini.

Selain itu, Abdul Rahman berkata, calon PKR adalah calon bermusim manakala calon BN, Chew Mei Fun mahu menjadi wakil rakyat yang berkhidmat sepanjang masa.

"Itulah kelebihan calon BN dan yang seterusnya ialah calon BN yang dipilih adalah berteraskan demi intergriti dan kredibaliti, jadi kita lihat ada kemajuan. Satu lagi ialah calon kita adalah orang Cina dan ini memberi kelebihan kepadanya untuk kembalikan pengundi kaum itu kepada BN," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rahman mahu penduduk Kajang memilih calon BN pada pilihanraya kecil 23hb ini supaya segala permasalan yang mereka alami kini akan dapat di atasi oleh kerajaan BN sekiranya parti menang dalam pilihanraya nanti.