Thursday, April 28, 2016

Tiada Pembatalan Program MB


2 (3)



Ahmad Razif Abd Rahman akan menjalankan tugas-tugas rasminya sebagai Menteri Besar Terengganu seperti biasa.

Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Prof. Dr. Mohd Rozailan Ibrahim@Mamat berkata, Pejabat Menteri Besar Terengganu menafikan spekulasi bahawa Ahmad Razif membatalkan semua acara rasmi yang melibatkan beliau.

“Adalah diharapkan dengan kenyataan ini dapat memberi maklumat yang tepat terhadap pelbagai spekulasi yang tersebar sebelum ini,” katanya hari ini.