Tuesday, August 5, 2014

Bazlan Dilantik Sebagai Timbalan Setiausaha BPUNT

Timbalan Setiausaha UMNO negeri yang baru, Bazlan Abdul Rahman terharu dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman untuk mengalas tanggungjawab itu bermula hari ini.

Kata yang juga ADUN Batu Rakit, amanah itu akan dipikul sebaik mungkin bersama-sama kepimpinan UMNO negeri bagi mengatur langkah terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

“InsyaAllah dengan gandingan pimpinan baru, UMNO Terengganu akan lebih kukuh, sentiasa bekerjasama untuk mengetahui masalah rakyat di seluruh Terengganu.

“Apa saja yang terbaik untuk parti dan rakyat akan dilaksanakan secara maufakat, jika ada masalah pastinya akan dibawa berbincang.
Timbalan Setiausaha BPUNT

“Kami sentiasa berpegang kepada kata-kata Menteri Besar, ‘kecil pada kita, besar pada orang’, selain sentiasa mengamal kerja berpasukan,” katanya ketika dihubungi teganukita.my hari ini. 

Bazlan berasal dari Kampung Pengkaan Atap, Batu Rakit pernah memegang beberapa jawatan penting dalam UMNO sejak 1990 iaitu sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Padang Polis, diikuti Bendahari Penyelaras Pemuda UMNO DUN (1992-1995) dan Setiausaha Pemuda UMNO DUN (1995-2000), Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO DUN dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Setiu (2000-2008).

Antara jawatan dalam parti yang dipegang bermula 2008 hingga sekarang ialah Penolong Setiausaha UMNO Bahagian Setiu, Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Bahagian dan Setiausaha Biro Penerangan UMNO Bahagian