Wednesday, August 20, 2014

PAS Menyalahi Guna Konsep Tahaluf Siyasi

Saya terpanggil untk memberi sedikit komen tentang apa yg berlaku di Selangor sekarang ini; isu perebutan MB Selangor.

Saya ingin menyentuh dari sudut yg agak berbeza iaitu konsep tahaluf siyasi yg suatu masa dulu digunakan sebagai alasan utama mengapa PAS sanggup berkerjasama dgn DAP, parti chauvinis Cina yg terkenal dgn sikap aggresif mereka mempersoal isu2 sensitif terutama melibatkan agama islam dan melayu.

Kononya PAS mengamalkan Tahaluf Siyasi (TS) itu berdasarkan konsep Nabi Muhammmad (s.a.w) sewaktu berkerjasama dgn kaum yahudi dan nasrani di Madinah. Adakah benar PAS menjadi ketua kerajaan memimpin DAP di Selangor sebagaimana Nabi Muhammad (s.a.w) memimpin kaum yahudi dan nasrani di Madinah? Atau PAS hanya menjadi alat tunggangan DAP dan PKR?

Yg paling sedih bagi saya PAS masih menggunakan alasan Tahaluf Siyasi atas keputusan yg diambil.... siapa yg berkuasa sebenarnya dlm PR? Bukan ke DAP dan PKR? Takkan sama dgn Tahaluf Siyasi Rasulallah (s.a.w)...

Apa yg PAS lakukan dlm isu kalimah Allah? Apa perjuangan PAS membela org islam yg cuba dimurtadkan di sebuah gereja di Selangor tidak lama dulu? Isu minuman keras, isu bertambah rumah2 urut dan perjudian yg semakin menjadi-jadi Selangor...di mana perjuangan PAS walaupun memegang 15 kerusi di Selangor, sama banyak dgn DAP?

Adakah kita terkejut dgn apa yg berlaku? Anwar dgn mimpi putrajayanya, DAP dgn ideologi Malaysian-Malaysianya dan PAS dgn Negara Kebajikannya ( negara islam????)....

Kita lihat kesudahan sandiwarnya... rakyat yg menjadi mangsa..