Sunday, April 3, 2016

Kenyataan Ketua Penerangan UMNO Terengganu



Saya telah diminta oleh beberapa rakan media untuk mengulas tentang kenyataan yang dibuat oleh YB Kijal semalam berkaitan kedudukan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Seri Hj Ahmad Razif bin Abdul Rahman yang dikatakan umpama telur dihujung tanduk.

YAB Perdana Menteri diminta supaya memecat Menteri Besar Terengganu sekarang dan sekiranya gagal, YB Kijal akan menjalankan gerakan untk membubar dewan undangan negeri melalui Istana Terengganu.

1. UMNO Terengganu di dalam penyatuan yang mantap sebagaimana yg dizahirkan oleh akar umbi yang terdiri dari lebih 4000 Ketua-Ketua Cawangan serta Ketua-Ketua Sayap dari seluruh negeri yang berhimpun semalam di Stadium Tertutup Gong Badak. Semua telah melafazkan ikrar taat setia pada parti dan pemimpin.

2. Adakah YB Kijal mempunyai kuasa dalam parti atau kerajaan yang mengatasi kuasa Presiden dan Perdana Menteri untk mengarahkan Menteri Besar diturunkan?

3. Di antara alasan-alasan yang diberi di sidang dewan baru-baru ini untuk mencadangkan undi tidak percaya pada MB, adakah ia melibatkan kesusahan rakyat yang amat ketara seperti kebuluran, kemiskinan yg melampau, masjid di tutup, ketiadaan air bersih, hospital serta sekolah yang ditutup? Atau alasan hanya melibatkan hal peribadi beliau seperti memadamkan ‘legasi’, nama atau gambar di dalam laporan tahunan jabatan?

4. Sebagai ahli politik yg masak dalam soal sepak terajang politik, adakah perlu untuk beliau menyatakan ‘demand’ serta kenyataan berbaur ugutan kepada kepimpinan UMNO sekiranya beliau benar-benar ada jumlah Adun yang cukup untuk menjatuhkan kerajaan? Atau ini hanya salinan skrip Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau ada 30 orang ahli parlimen BN yang akan berpaling tadah untk menjayakan pembangkan ke Putrajaya pada September 2008? Atau ini hanyalah manifestasi sindrom ‘kurang perhatian’?

5. Apapun, saya cukup berbangga dengan semangat solidariti yang ditunjukkan oleh semua pemimpin akar umbi semalam. Syabas semua. Insya Allah kita akan teruskan mandat yang diamanahkan. Alangkah elok jika YB Kijal bersama-sama dengan kita dalam mengukuhkan barisan kita.

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.


Wan Abdul Hakim
Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Terengganu

3 April 2016