Saturday, October 8, 2016

HIMPUNAN JENTERA PENERANGAN UMNO TERENGGANU


Penerangan UMNO Terengganu berjaya menghimpunkan Jentera Penerangan dari peringkat Penerangan Bahagian sehingga peringkat akar umbi. Seramai 5000 orang telah hadir untuk mendengari Ceramah YB Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO Malaysia dalam Forum yang bertajuk PRU 14 : BN LEBIH PERKASA. Turut menyertai forum ini ialah Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia.
Himpunan ini telah diadakan pada 7 Oktober 2016 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dimulaikan dengan ucapan alu-aluan oleh YB Haji Wan Abdul Hakim b. Tan Sri Wan Mokhtar, Ketua Penerangan UMNO Terengganu. Beliau memberitahu Terengganu dipilih sebagai negeri yang pertama untuk mengadakan himpunan ini. Dalam tempoh dua minggu masa diberi kepada Penerangan UMNO Terengganu untuk mengumpul hulubalang dan pendekar. Alhamdulillah, kita berjaya melaksanakannya.

Himpunan ini berakhir dengan ucapan penutup oleh YAB Haji Ahmad Razif b. Abd. Rahman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. Beliau merasa kesal dengan laporan berita mengenai senarai nama calon PRU 14 yang dibuat berpandukan sumber daripada aplikasi WhatsApp.

“Saya amat kecewa atas sikap tidak bertanggungjawab pihak akhbar terbabit yang membesarkan perkara ini sedangkan kita dalam Umno Terengganu tak ambil kisah sangat kerana kita belum hantar pun senarai nama…kenapa laporan tersebut perlu ditafsirkan sebagai senarai bocor? Bocornya daripada mana?

“Itu yang kita amat terkejut sebab pihak Majlis Tertinggi (Umno) belum lagi minta senarai nama. Saya bimbang nanti akan keluar lagi nama baru. Setakat ini, perbincangan pun belum ada, tak fikir pun lagi hal ini,” katanya selepas Program Himpunan Jentera Penerangan Umno Terengganu yang dihadiri Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, parti negeri itu masih dalam keadaan kuat dan bersiap sedia menghadapi PRU14. “Sebenarnya, tak ada pergolakan sangat di negeri ini, tetapi sudah pasti ada ‘tangan-tangan’ (pihak) yang tidak senang melihat kekuatan Umno, sama juga seperti yang berlaku di peringkat pusat.

“Sebab itu saya nampak ada gangguan yang sedang dilakukan pihak tertentu, termasuklah mengedarkan senarai nama.

Apa tujuannya? Tak lain tak bukan untuk menimbulkan konflik sesama kita. Perkara ini tidak akan jadi halangan dan tak perlu diambil cakna sangat,” katanya