Thursday, November 17, 2016

TAKLIMAT APLIKASI MALAYSIA4ALL

Penerangan UMNO Malaysia telah menyediakan sebuah portal maklumat mengenai info kerajaan, parti & politik. Maklumat ini mudah diperolehi  melalui telefon bimbit dan menyebarkan semula kepada kawan-kawan melalui media sosial seperti Whatsapp, Facebok dan sebagainya. Portal ini amat berguna untuk mendapat jawapan  isu-isu berbangkit dan menepis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.


 Pada 14 Nov 2016, Penerangan UMNO Terengganu telah mengadakan Taklimat Pengunaan Aplikasi Malaysia 4 All kepada jentera Penerangan UMNO Terengganu. Taklimat ini dimulakan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Fahami Zakaria, Setiausaha Penerangan UMNO Terengganu yang mahu semua ahli UMNO Terengganu menaik turun aplikasi di telefon bimbit masing-masing. Beliau berharap semua Ketua Penerangan Bahagian, Ketua Penerangan Sayap-sayap, Ketua Penerangan DUN-DUN dan SUK Bahagian-bahagian dapat turun padang dan memberi tunjuk ajar cara untuk install aplikasi ini kepada ahli UMNO di bahagian masing-masing.


Di samping itu satu pertandingan menaik turun aplikasi telah diadakan dan tarikh tamatnya pada 20 nov 2016 ini. Penerangan UMNO Malaysia berharap semasa PAU 2016 ini, dijangka dapat mencapai 100,000 ahli UMNO yang menggunakan aplikasi ini. Di anggarkan 1,000 pengguna setiap bahagian.