Saturday, November 30, 2013

Giant Killer Mengetuai Jentera Penerangan Terengganu

Bekas Ahli Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Negeri Terengganu yang baru.

Dato’ Abdul Rahman adalah seorang yang berpengalaman dan pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Marang, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia.

Beliau juga pernah digelar 'giant killer' menewaskan Presiden Pas, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang sebanyak dua kali iaitu 1986 dan 2004.



Perlantikan itu telah diumumkan semasa Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT) yang dipengerusikan oleh Pengerusi BPUNT Dato’ Seri Haji Ahmad Said malam tadi (27 November).

Manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang, Nik Dir Nik Wan Ku dilantik sebagai Bendahari
Umno BPUNT yang baru.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YBM Dato’ Tengku Putera Awang kekal sebagai Setiausaha Umno Negeri Terengganu